Tuesday, June 26, 2012

Latihan (28) berkasih sayang (tiada gambar)

26hb Jun 2012

Jarak l/k 10km.

Seperti biasa kayuhan malam diteruskan. Setelah hadir 11 pengayuh termasuk seorang sahabat baru maka perjalanan dimulakan. Target route kayuhan ialah Keladi - Sg Lembu - Bukit Lengkok - Kubang Semang - Lunas - Kulim. Sebaik tiba di Sg Lembu sahabat baru tadi terkial kial mengayuh kerana kerosakan pada gear dan tayar yang ketat. Setelah berbincang seketika maka keputusan dicapai untuk berpatah balik kerana keadaan basikal sahabat baru itu tidak mengizinkan. Maka semua pengayuh berpatah balik walaupun kayuhan tidak pun sampai 10km. Itulah kesepakatan yang dicapai. Senang susah sama sama merasai. Tahniah kepada semua sahabat sahabt ku. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberkati setiap usaha berjemaah ini.

No comments:

Post a Comment