Friday, July 27, 2012

Ceritera Kamera

27 Julai 2012

Kamera digunakan jenama Nikon Coolpix L16

        Setelah sekian lama penggunaan kamera ini, maka keputusan dibuat untuk 'melangsaikan' kamera ini digunakan semata mata untuk mengambil gambar kayuhan. Dah tahu apa akan jadi bila dibawa bersama menunggang basikal, iaitu 'tak akan lama jangkahayat' kamera ini. Ini disebabkan xtvt berbasikal ianya lasak dan saya pula bukannya jenis  berhati hati. Kamera yang layak utk saya sebenarnya semestilah yang tahan lasak, waterproof, antishock dll.

         Memang benar kamera ini cuma bertahan beberapa bulan sahaja didalam keadaan sempurna. Sekarang ianya masih boleh dipakai tetapi cuma diwaktu siang kerana flash dah 'gelong'. Sebab itu kayuhan malam, gambar hanya bergantung drp ehsan kawan kawan. Dan lagi screen kamera ini pun dah rosak mungkin disebabkan air peluh, air hujan, getaran dll. Jadi, ambil gambar hanya dengan mengagak agak sahaja he..he. Apabila screen sudah tidak boleh dilihat maka orang lain tidak dapatlah ambil gambar    menggunakan kamera ini.

         Ini pula cara saya ambil gambar terutamanya dah bila orang lain dah tak dapat tolong snap sbb kamera ni dah buta. Cara gambar diambil......  :-





banyak kali juga orang ketawa lihat gambar diambil cara ini , emm...tak kisah lah bro.., selagi kamera ni gambar nya ok, pakai je lah.

Kamera baru NIKON D5100 kat rumah tu tak payah la dibawa sambil berbasikal, jika di bawa alamat hancusss la jugak he..he..

Sekian

Friday, July 20, 2012

Latihan (33) Kayuhan ramai sambut Ramadhan

19hb Julai 2012

Tahap susah senang = 5 (tercedera)

Route = Pusat Bndr Kulim - Keladi - Kulim Sq - Lunas - Sg Seluang - Ladang Selarong - Batu Putih - Tm Sepilai - KHT - Kulim

Jarak anggaran - 46km

Latihan teramai pernah di ikuti. Tetapi ditakdirkan kayuhan yang malang kerana tercedera lutut dan bahu. Angkara lalai semasa menukar lampu suluh. Tapi Alhamdulillah bantuan Allah segera datang. Sahabat2 membantu, merawat dan memberi semangat baru. Terima kasih sahabat.






mula kayuhan

















semua gambar ehsan PW Din

Sekian

Tuesday, July 17, 2012

Latihan (32) kayuhan Junjung

17hb Julai 2012

Tahap senang susah = 2

Route = Shell Dinas - Keladi - Jln Sg Lembu - Machang Bubuk - Kebun Teh - Kg Tasek Junjung - Junjung - MRSM Kulim - Kolej Mara - Bandar Kulim - Tm Bidara

Jarak = 40km (anggaran)

Masa diambil l/k 2jam.

Genap 10 orang antaranya Pak Wan, PW Din, Robet, anaknya, Zul Affin Bank, Sham, Hj Jamaludin, anak PW Din dll. Menggunakan tayar road menjadikan kayuhan ringan, lajakan laju drp tayar MTB.


bersedia untuk tayar golek


kayuhan bermula 





disimpang jln sg lembu ke jln Kulim - BM


menghampiri checkpoint rehat


borak 2, Robert meracuni kebaikan MTB saiz 29, tergoda tapi kekangan ekonomi


sahabat2 veteran yang kuat kayuh belaka


sambung perjalanan pulang

semua gambar ehsan abang (anak PW Din)


Sekian


Sunday, July 15, 2012

Fun Ride (12) Hari Kesihatan Pongsu Seribu dan Unit berbasikal PDRM

15hb Julai 2012

Tahap senang susah = 3

Jarak = 31km

Sempena hari kesihatan di Pongsu Seribu, kayuhan 32km ni agak memenatkan kerana 14 Julai 2012 telah mengayuh di Jambori SAZA dan latihan bersama Pak Wan pada malamnya. Di bawah ialah gambar2nya.






sewaktu baru sampai, awal pagi


marshall 4x4 dah sedia menunggu


Daftar dulu. Walaupun dah daftar (untuk cabutan bertuah) , tak tunggu utk cabutan sbb hadiah tidak menarik
Balik awal daaa


tertarik dengan sekumpulan PDRM (Polis SPU) yang berbasikal


Basikal jenama TREK. Mestilah punya One Stop Cycle Kepala Batas yang supply


Trek 3900


Ni beg pannier utk Touring nih....


Logo ni yang mahal 






bersedia untuk straching.


pegawai2 PDRM




Lepas ni , flag off....


oleh YB














berhenti rehat di km 20, lega sat


empat sahabat drp Kulim yang sama sama berkayuh


ops bro...ana betulkan seluar sahaja bukan siram baja, eh gambar betulkan seluar pun hangpa nak tangkap






bro bro PDRM





















balik ke tapak permulaan


lega


acara kegemaran saya, tapi tidak lah ikut serta. Tarik tali antara PDRM dengan komuniti Pongsu Seribu





orang pongsu seribu muda muda belaka, memang patut depa menang


Lawat pameran sekejap kemudian....
apalagi, naik atas kereta, dan....chow

Sekian

Nota:-


Banyak gambar gambar ehsan daripada Pongsu Seribu Cycling Club PSCC