Monday, June 18, 2012

Latihan (23) kayuhan solo ke puncak Bukit Mertajam

18hb Jun 2012

Tahap senang susah = 2

            Minggu ini terlepas 2 hari latihan kayuhan rutin kerana menghadiri Team Building untuk majikan di Tanjong Bidara Beach Resort, Melaka. Sepatutnya terdapat beberapa kayuhan yang boleh di sertai seperti kayuhan ke Ladang Anggur Empangan Beris (120km) bersama team cikgu Rafil, kayuhan ke Bukit Karpet Penang bersama GCT, kayuhan ke Bukit Meluat (he..he..) Kulim bersama Onestar tetapi semuanya terpaksa dibatalkan kerana keutamaan untuk majikan.

            Kebetulan hari berikutnya bercuti jadi peluang ini digunakan untuk berkayuh. Oleh itu kayuhan solo ini terlaksana kerana sahabat sahabat lainnya banyak yang bekerja, maklumlah hari Isnin. Suasana di bukit ini agak lengang jika dibandingkan pada hari hari lain lebih lebih lagi hari Jumaat/Sabtu/Ahad yang pasti sibuk dengan pendaki beriadah.


dah setting, ready to go


kayuhan slow sangat.....40 minit baru sampai ke Pondok Rekreasi. 1 km lebih je. Berhenti rehat 15 minit.


tiba ke puncak, 25 minit daripada Pondok Rekreasi.


laluan ke puncak


roller coster puncak BM he..he..


pemancar talipon agaknya....


satu lagi pemancar

      10 minit dipuncak, berkayuh turun. Dipertengahan jalan jumpa seorang sahabat, bersembang sehingga hampir sampai ke bawah. Selesai kayuhan, minum dan singgah di kedai basikal Pian tengok2 basikal. Balik..........

Sekian

No comments:

Post a Comment