Saturday, June 9, 2012

Latihan (19) Kayuhan XPDC Bukit Palong, Keda & Gua Kelambu BALING


9 Jun 2012

Tahap senang susah = 3

Taklimat oleh Cikgu Jack - Jurulatih Rekreasi Luar 'pure Balingnese' tetapi bekerja di Ulu Yam, Selangor


Lokasi taklimat & pertemuan - Petronas Baling. Bilangan rider 11 orang termasuk sepasang suami isteri daripada Shah Alam.


8.15 am tayar golek. Trek pertama menuju Rumah Keda, wow boleh tahan, mula mula masuk dah diduga dengan climbing. Tak dapat snap sebab penat climbing. Berhenti di checkpoint pertama, baru boleh snap.


melepaskan lelah





tiba di target pertama - rumah Keda. Sambil menghilangkan penat, snap dulu. Ada yang pekena sebalut dua (rokok daun)


bersama 'That' yang selalu berkayuh di Betong Thailand. Katanya kat Betong biasanya MTB pergi ke Kebun Bunga, tempatnya cantik tapi curam, lebih curam daripada bukit 'Mertajam' di Cherok Tok Kun. Kalau yang mengayuh 'road' biasanya pergi ke 'Terowong Komunis'. Yang close dengan rider di malaysia ialah Ming yang menjalankan perniagaan basikal di bandar Betong. Ming selalu juga berkayuh dan adakan mini Jembori.


Jai baling - baju merah



Cikgu Rafil yang duduk dirumput. Yang duduk atas basikal tu pun guru tapi belum sempat bersembang panjang.



sambung penerokaan




setelah berkayuh daripada rumah Keda tadi seterusnya menuju ke puncak ke pejabat Keda melalui offroad. Perjalanan yang juga mencabar tapi berbaloi bila tiba melihatkan pemandangan yang cantik.





kepenatan di anugerah Allah swt pemandangan daripada puncak bukit yang mempersonakan



sahabat daripada Shah Alam


air gunung yang amat menyegarkan


bersedia untuk turun dan layan 'downhill'


menuruni bukit di katakan mencecah 50km/j ..... ? betul ke.
Berhenti sekejap ambil nafas untuk mengayuh memanjat Bukit Palong.




mula mengayuh, bila tak terdaya apa lagi.... toooolaaaak......





untuk sampai ke checkpoint seterusnya terpaksa meredah hutan pisang, adoh boleh tahan letihnya. Kelihatan ketua XPDC cikgu Jack merintis jalan dan terpaksa menjunjung basikal.




aaaah...lega bila mula nampak pemandangan bawah


namun masih ada yang belum lepas hutan pisang maka tolong menolonglah.....



nasib baik Jai jumpa pam ana yang punya

segala puji bagi mu, Allah maha agung, yang mencipta segala galanya


apalagi, berehatlah sekejap sambil nikmati pemandangan








puas berehat, downhill lah ladi, berhenti kat sini tunggu sahabat lain



wah cikgu bergayalah...




Bukit Palong, kau telah ku tawan


teruskan perjalanan , seterusnya masuk offroad melaui kebun getah dan perkampungan


berhenti membasahkan tekak




meneruskan perjalanan ke Gua Kelambu








kelihatan seperti tirai tirai menghiasi gua seperti kelambu




kayuh lagi, suasana sunyi sepi damai.




trek sini macam lama tidak di lalui, terpaksa redah semak samun, yang tak tahan trek dipenuhi duri rotan yang boleh mencederakan dan melilit pada badan


berhenti 'ambil nyawa', dibelakang gunung2 batu kapor yang terkenal di Baling






XPDC menghampiri ke penghujung, perjalanan ke pekan Baling menyusuri tepian sungai




menghampiri pekan Baling melalui belakang Masjid Baling


tiba di Masjid Baling, kotornya basikal




bersihkan badan dan solat Zohor lalu terlelap, punya nyenyak tidur kebetulan ada bantal dalam masjid apalagi.....duuummmmmmmmm ....zzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZ sementara tunggu isteri dan anak anak.

makan tengahari bersama keluarga di Sekolah Menengah Agama Baling kerana menghantar anak ke4 pulang ke asrama.




penuntut tingkatan 2 SMAB 



balik rumah...apalagi....kena proses lah si basikal bukit



Sekian

No comments:

Post a Comment