warm up
menuju garisan permulaan
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
Gambar ehsan Fazklm
Sahabat veteran Yusri Jmbc (ditengah memakai baju KMJ 2012/hadapan 6 dari kanan) memperolehi tempat ke 14. Jikalau diadakan katogeri veteran, beliau pasti dinobatkan sebagai juara.
Dari sini bermulalah kayuhan yang amat mencabar fizikal dan mental. Paling getir ialah laluan pertama offroad sehingga ke km25 (puncak tertinggi laluan ialah 405meter dari aras laut). Terlalu memenatkan kerana melalui trek felda Gunung Bongsu dan rimbanya. Apa lagi , upacara tolak menolaklah. Basikal 13kg terasa 100 kg. Sehinggalah menuruni puncak tertinggi ini dicabar pulak downhill yang curam dan licin. Seorang sahabat rebah didepan mata akibat trek licin dan luka. Mengangkat basikal beliau dan meminta dia berehat dan bertenang. Setelah keadaan pulih, kayuhan downhill diteruskan sehinggalah bertemu sungai ulu paip hulu. Alangkah lega rasa dihati. Sampai di kawasan rekreasi ulu paip, marshall bertanya samaada boleh terus kayuhan walaupun didalam hati berhasrat meneruskannya. Laluan berikutnya sememangnya telah di lalui melalui Latihan (25) trek KMJ 2012, serta memikirkan tentang kemungkinan telah ketinggalan jauh maka keputusan dibuat untuk kembali ke garisan penamat tanpa melalui laluan trek berikutnya. Maka plate dipotong oleh marshall. Dalam perjalanan ke garisan penamat seorang sahabat baru (Ruslan Tm Mutiara) yang menunggang motorsikal menegur. Sambil menunggang dan bersembang saya ditunda oleh beliau. Satu kejadian tidak diingini berlaku dimana saya terjatuh dan menyebabkan kecederaan pada lutut, paha dan siku kanan. Kepala terhantuk dijalan. Bingung seketika. Syukur kerana memakai topi keledar MTB. Marshall bermotorsikal lain datang membantu. Terasa sakit sangat pada bahagian tercedera tadi. Namun digagahi untuk bangun dan sahabat tadi terus menunda hingga ke garisan penamat. Nasib baik basikal tidak rosak teruk. Setelah pulang ke bandar Kulim dibawa basikal ini utk pemeriksaan oleh adik ipar Pian, kedai basikal di Taman Selasih. Sesampai sahaja digarisan penamat, klinik Bulan Sabit Merah dicari. Bersyukur terjumpa van ambulan Bulan Sabit Merah dan rawatan diberi disitu juga.
Gambar ehsan Tarmizi Venzo
lutut, paha dan siku melecit bergesel tar kerana jatuh, tonggeng langgang di kawasan rekreasi Ulu Paip, Azam Shaari bertanya kabar
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
apa apa pun......'makan time' tidak dilepaskan
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
sambil makan sambil menunggu cabutan bertuah tapi masih tidak bertuah. Semua ditangan Allah s.w.t
Gambar ehsan Tarmizi Venzo
tempat 1,2,3 lelaki. No 1 rider Kulim jugak drp K-Bike
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
tempat 1,2,3 wanita. Alhamdulillah no 1 & 3 bertudung
Gambar ehsan Tarmizi Venzo
tidak dilupakan penghargaan kepada warga emas......68tahun bro, masih power lagi
Dalam perjalanan balik singgah beli tembikai di kedai buah persimpangan keBatu Putih. Memakan 3 potong tembikai RM3 seperti memakan sebiji Tembikai, begitu nikmat tidak terkata. Allah Maha Kaya. Nikmatnya tidak terperi.
Alhamdulillah , perjalanan hari ini berjalan baik. Kesyukuran ku panjatkan kepadamu Ya Allah.
Sekian
No comments:
Post a Comment