Jarak 40++km
Tahap senang susah = 3
Se awal 3.30am dah bangun untuk berangkat. Isteri dan 2 putri menemani. Lokasi checkpoint dan solat subuh di Masjid Bukit Gantang, bersebelahan tempat flagoff.
Jersey kuning berlogo durian untuk jambori kali ini
Hai cgu Din , tenung apa tu...
Bersama sahabat kayuhan, Cgu Din dan Benyamin, 3 orang je dapat hadir drp 8 orang yang bayar dan mendaftar.
kelihatan 'Medic rider' dihadapan sekali tidak jauh drp 'my wife' bersiap sedia
'Medic Rider' yang ikut mengayuh dan merawat pengayuh cedera. Lain daripada jambori2 sebelum ini
lebih 900 peserta
7.30am flagoff permulaan kayuhan
antara trek trek nya..
antara trek dan trail terbaik, ada hutan, anak sungai, titian, lerengan bukit, puncak bukit, meredah anak sungai, kelapa sawit dan perkampungan. Damai rasanya bila berkayuh diperut hutan dara, nyaman sekali. Berada dipuncak bukit rasa takmau turun lagi, tak puas menikmati biarpun matahari mulai mempamerkan dirinya.
eh macam kepala keretapi tak larat naik bukit....
kayuhan santai, menikmati keindahan alam sambil snapshot
yang bagus di jambori kali ini feeding point ditempat stratigek, dipuncak bukit, di tempat tempat yang amat diperlukan, memang terbaik dengan bekalan air mencukupi , air mineral, 100 plus, air tin minuman, air tin spare (dimasukkan ke poket belakang jersey lagi oleh pegawai jembori) serta roti, membuatkan kayuhan kali ini membekalkan tenaga yang mencukupi. Air botol kat frame basikal 80% masih ada. Power bar / Glukose / Livita dah tidak di perlukan lagi - baik untuk kesihatan jika dapat di elakkan.
Setelah 3 jam lebih mengayuh,semakin dekat garisan penamat semakin sakit kaki kerana 'krem'. Apa apa pun syukur Alhamdullilah selamat sampai. Cukup lah no 448 / 900 , maklumlah dah veteran, santai dan 'krem'.
Sekian
No comments:
Post a Comment