Monday, March 26, 2012

Basikal pertama - Hercules (Basikal tua he..he..)

Dibeli 2008 dengan harga rm450 di Penang . Telah dijual Feb 2009 kpd sahabat Jitra dengan harga rm490.
Ini butir butir iklan..........
__________________________________________________________________

SALAM
BASIKAL TUA KLASIK ANTIK UNTUK DIJUAL.
JENAMA HERCULES.
KEADAAN BAIK.JARANG DIGUNAKAN.TETAPI TERSEDIA UNTUK DINAIKI.
PEMILIK DAHULU KATA BASIKAL INI 40AN.BASIKAL LENGKAP.SATU TYR BARU.PAM TANGAN
PADA PALANG BWH.CARIER BESAR DIBELI
RM50.LOCENG,TONGKAT,LAMPU BELAKANG,BREK DEPAN BELAKANG, KAYUHAN SEMUA
BERFUNGSI DENGAN BAIK CUMA LAMPU DEPAN AGAK MALAP.TUKAR DYNAMO JE.PENGUNCI
KUNCI RODA KLASIK.
BESI PANJANG PENGUAT FOK DIBERI PERCUMA.
UNTUK DIJUAL SEBAB BERPINDAH RUMAH KECIL-TIADA RUANG UTK SIMPANAN.
SAYANG SANGAT TAPI TERPAKSA.
HARGA BOLEH KURANG SIKIT SIKIT JE ...SBB MURAH DAH.NOTE-BOLEH LETAK RM1000 SBB
KLASIK/ANTIK TAPI TAK GAMAK.
TAWARAN UTK SEMENTARA WAKTU SAHAJA.
MENAIKI BASIKAL INI......
"PASTI GEMBIRA MENGEMBALIKAN NOSTALGIA"
TEL 019-4.......
_________________________________________________________________

Masih ada satu lagi tetapi jenama China , brand Hermas, disimpan sebab sedap naik..ringan.

CERITERA FIZIKAL BASIKAL


Bila dipegang semasa menunggang , selesa sekali.. RM 100 di Cycle Lab Bagan 


Apa ni, akar melilit batang pokok lah pulak...


 Nih satu lagi, hanya kenangan , dah diganti

InsyaAllah, sampai masa akan ditukar

akibat tukar gear crank masa mendaki - mata crank bengkok (Feb12)
Cikgu Hizam cukup bagus, bantuan diberi...
hasil bantuan Cikgu, selesai masalah. Ok sampai sekarang. Jazakallah
tukar tayar onroad, rm80 satu Maxxis Detonator 26x1.25
minggu pertama 3kali pancet, terfikir juga, aku gemuk kot, tapi ni direkemen oleh Ah Keat tauke kedai basikal berdekatan Sekolah Menengah Keladi, Kulim. Ada kecil tayar lagi bro...

_________________________________________________________________________________

7hb April 2012
upgrade la basikal skit
Ambil kesempatan semasa hantar isteri berkursus, lansung ke Taiping untuk upgrade beberapa bahagian basikal.

 seal bearing / head set
 Fork Epicon
yang lama
 makan dulu, Doli Taiping, masak dgn arang, best
 bosan menunggu
stem

 handle

stem & handle  rm230
Cassette  XT(ditambah rm130), ringannya terasa beza dengan Deore biasa
 Epicon rm550



 wellgo rm120 (bukan diTaiping tapi diKulim)
 groupset Deore 10speed, ditolak Cassette & brek set rm700

rd deore
 fd Deore
kos keseluruhan rm 1,600


Sekian

_________________________________________________________________________________


3hb Jun 2012

Sudah sampai masanya Saddle untuk di tukar. Dah lama terkoyak. Nama pun basikal lasak.


lagi pun....spring...toeng toeng......he....he...



Dibeli 3hb Jun 12 semasa Jambori Bukit Gantang dengan harga rm60. Cari murah je sebab badan masih overweight untuk menampung kegemukan, kalau Allah SWT takdirkan berat dah capai BMI unggul baru tukar yang nipis pulak InsyaAllah, Amin.



____________________________________________

15hb Julai 2012

Rupa basikal di atas rak atas bumbung kereta. Sebelum beli basikal ini, basikal klasik (pangge gerek tua lah senang) lah menghuni si sini. Masa tu macam macam respon lah bila gerek tua dok atas kereta. Yang menarik perhatian ialah yang mengutuk. Biasalah bro. Kalau nak lain dari yang lain kena pekakkan telingalah. 

Jarang2 MTB diletakkan diatas bumbung. Sebelum ini lebih selesa letak di dalam. Kelebihan letak diatas, basikal yang dah di'setting' dah tidak diusik lagi. Turunkan dan kayuh. Jika tidak, nak pasang, dan kena 'setting' lain, terutama brek depan dan belakang.

Gambar2nya, selepas pulang Kayuhan hari Kesihatan Pongsu Seribu.....




  
_________________________________________________________________

09 Oktober 2012

Bila dari hari ke hari umur bertambah maka aspek keselamatan mestilah menjadi agenda utama semasa menunggang basikal. Fikiran selalu berlegar berkenaan langkah keselamatan yang perlu dinilai dari masa kesemasa. Kecelakaan sememangnya diminta jauhi "Wanauzubillahiminzalik", oleh itu sebelum berlaku biarlah bertindak dahulu mencuba seberapa daya upaya supaya jangan berlaku,sebelum penyesalan menjelma. Sekiranya berlaku juga musibah, maka itu adalah taqdir dari yang maha esa yang diperakui.



Setelah menggunakan handle carbon ini sejak 7 april 2012 (penggunaan selama l/k 6bulan sahaja), yakni setelah menilai aspek keselamatannya maka keputusan muktamad dibuat untuk menggantikan dengan handle aluminium yang ana meyakini lebih kuat daripada carbon untuk penggunaan kayuhan bukit



stem juga diganti



tayar ditukar setelah tayar asal sebelum ini digunakan sejak dibeli setahun lebih yang lalu.


sebelum ini saiz tayar 2.10, cuba yang ini pulak




bunganya yang kurang kasar sesuai on & offroad


semuanya rm350-00

_______________________________________________________________________________


4/11/12

Penggunaan brake pad belakang seperti gambar ini sampai ke penghujungnya hari ini 4/11/12 setelah ianya digunakan sejak dari mula beli basikal pada 12/8/11. Dibeli pada harga rm30 di kedai Pian Cherok Tok Kun setelah selesai kayuhan ke puncak bukit BM hari ini. Dapat dikesan setelah menuruni bukit BM dengan bunyi yang merisaukan. Bawa je ke kedai Pian , Pian tengok je dah tahu masaalahnya. Jadi untuk menyelamatkan rotor, brake pad ini memang terpaksa ditukar.



Setelah lama ingin mencuba "Pedal toe clip" maka hari ini, jenama Wellgo gambar seperti dibawah ini telah dibeli. Beli pun 2ndhand ja kerana hanya ingin mencuba dan menyesuaikan diri. Dibeli dikedai Pian Cherok Tokkun bersama sama penukaran brake pad di atas dan harga Clip ini hanya rm50.00 .




Siap pasang terus mencuba mengayuh. Pada permulaan nya rasa macam tak jadi beli sebab tak pandai menggunakannya. Setelah cuba dan mencuba hampir 1/2 jam, baru terbiasa dan rasa mantap pula kayuhan. Tapi perlu di ingat dan latihan mesti kerap dijalankan sebab penggunaan clip ini akan jadi bahaya jika tidak sempat tanggalkan daripada kasut. Doa semoga Allah s.w.t permudahkan urusan ini dan jauhilah daripada segala mara bahaya seperti terjatuh dan lain lainnya. Amin.

Sekian

Sunday, March 25, 2012

Fun Ride (7) Kayuhan Cinta Desa

Kayuhan Cinta Desa di Dewan Bakar Kapur Penaga 25hb Mac 2012
Tahap senang/susah(1senang..5azab) = 2





 Anakanda pun nak ikut

 Di check point

 Di Kuala Muda Penang


 siap ada silat...Silat Gayong Fatani Penaga


 pisau betul2 nih

 Parang vs tongkat

 Parang vs parang, real punya
- buah penamat-