30hb Jun 2012
Tahap senang susah = 2
Seperti biasa bersama 9 sahabat sahabat OneStar Kulim diketuai PW Sabarudin Sarif, Pak Wan dan lain lain. Walaupun cedera di siang harinya di Kulim Jambori namun tetap kayuh. Alhamdulillah Allah yang beri kekuatan. Hambamu ini tidak mampu lakukan apa apa tanpa izin dan rahim mu Ya Allah, walaupun sekadar mengelip mata. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri.
Route - Kulim - Keladi - Sg Lembu - Bukit Lengkok - Mengkuang - Ara Kuda - Lunas - Kulim
Jarak = 25km
Sekian
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG. ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA / WELCOME. BLOG INI SEMATA MATA HANYALAH BERTUJUAN MEREKODKAN SEGALA AKTIVITI YANG BERKAIT DENGAN BASIKAL YANG MANA IANYA HANYALAH UNTUK MENJANA KESIHATAN YANG LEBIH BAIK.BLOG INI ADALAH MIRIP PADA "OPEN DIARY".JIKA ADA KENYATAAN YANG MENGGURIS PERASAAN,MOHON JUTAAN KEMAAFAN. JIKA DAPAT TINGGALKANLAH JEJAK SEPATAH DUA PERKATAAN. KEPADA SAHABAT SAHABAT SEMUA, SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA.
Saturday, June 30, 2012
Jambori ke 4 Kulim Mountainbike Jambori
30hb Jun 2012
Dari sini bermulalah kayuhan yang amat mencabar fizikal dan mental. Paling getir ialah laluan pertama offroad sehingga ke km25 (puncak tertinggi laluan ialah 405meter dari aras laut). Terlalu memenatkan kerana melalui trek felda Gunung Bongsu dan rimbanya. Apa lagi , upacara tolak menolaklah. Basikal 13kg terasa 100 kg. Sehinggalah menuruni puncak tertinggi ini dicabar pulak downhill yang curam dan licin. Seorang sahabat rebah didepan mata akibat trek licin dan luka. Mengangkat basikal beliau dan meminta dia berehat dan bertenang. Setelah keadaan pulih, kayuhan downhill diteruskan sehinggalah bertemu sungai ulu paip hulu. Alangkah lega rasa dihati. Sampai di kawasan rekreasi ulu paip, marshall bertanya samaada boleh terus kayuhan walaupun didalam hati berhasrat meneruskannya. Laluan berikutnya sememangnya telah di lalui melalui Latihan (25) trek KMJ 2012, serta memikirkan tentang kemungkinan telah ketinggalan jauh maka keputusan dibuat untuk kembali ke garisan penamat tanpa melalui laluan trek berikutnya. Maka plate dipotong oleh marshall. Dalam perjalanan ke garisan penamat seorang sahabat baru (Ruslan Tm Mutiara) yang menunggang motorsikal menegur. Sambil menunggang dan bersembang saya ditunda oleh beliau. Satu kejadian tidak diingini berlaku dimana saya terjatuh dan menyebabkan kecederaan pada lutut, paha dan siku kanan. Kepala terhantuk dijalan. Bingung seketika. Syukur kerana memakai topi keledar MTB. Marshall bermotorsikal lain datang membantu. Terasa sakit sangat pada bahagian tercedera tadi. Namun digagahi untuk bangun dan sahabat tadi terus menunda hingga ke garisan penamat. Nasib baik basikal tidak rosak teruk. Setelah pulang ke bandar Kulim dibawa basikal ini utk pemeriksaan oleh adik ipar Pian, kedai basikal di Taman Selasih. Sesampai sahaja digarisan penamat, klinik Bulan Sabit Merah dicari. Bersyukur terjumpa van ambulan Bulan Sabit Merah dan rawatan diberi disitu juga.
warm up
menuju garisan permulaan
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
Gambar ehsan Fazklm
Sahabat veteran Yusri Jmbc (ditengah memakai baju KMJ 2012/hadapan 6 dari kanan) memperolehi tempat ke 14. Jikalau diadakan katogeri veteran, beliau pasti dinobatkan sebagai juara.
Dari sini bermulalah kayuhan yang amat mencabar fizikal dan mental. Paling getir ialah laluan pertama offroad sehingga ke km25 (puncak tertinggi laluan ialah 405meter dari aras laut). Terlalu memenatkan kerana melalui trek felda Gunung Bongsu dan rimbanya. Apa lagi , upacara tolak menolaklah. Basikal 13kg terasa 100 kg. Sehinggalah menuruni puncak tertinggi ini dicabar pulak downhill yang curam dan licin. Seorang sahabat rebah didepan mata akibat trek licin dan luka. Mengangkat basikal beliau dan meminta dia berehat dan bertenang. Setelah keadaan pulih, kayuhan downhill diteruskan sehinggalah bertemu sungai ulu paip hulu. Alangkah lega rasa dihati. Sampai di kawasan rekreasi ulu paip, marshall bertanya samaada boleh terus kayuhan walaupun didalam hati berhasrat meneruskannya. Laluan berikutnya sememangnya telah di lalui melalui Latihan (25) trek KMJ 2012, serta memikirkan tentang kemungkinan telah ketinggalan jauh maka keputusan dibuat untuk kembali ke garisan penamat tanpa melalui laluan trek berikutnya. Maka plate dipotong oleh marshall. Dalam perjalanan ke garisan penamat seorang sahabat baru (Ruslan Tm Mutiara) yang menunggang motorsikal menegur. Sambil menunggang dan bersembang saya ditunda oleh beliau. Satu kejadian tidak diingini berlaku dimana saya terjatuh dan menyebabkan kecederaan pada lutut, paha dan siku kanan. Kepala terhantuk dijalan. Bingung seketika. Syukur kerana memakai topi keledar MTB. Marshall bermotorsikal lain datang membantu. Terasa sakit sangat pada bahagian tercedera tadi. Namun digagahi untuk bangun dan sahabat tadi terus menunda hingga ke garisan penamat. Nasib baik basikal tidak rosak teruk. Setelah pulang ke bandar Kulim dibawa basikal ini utk pemeriksaan oleh adik ipar Pian, kedai basikal di Taman Selasih. Sesampai sahaja digarisan penamat, klinik Bulan Sabit Merah dicari. Bersyukur terjumpa van ambulan Bulan Sabit Merah dan rawatan diberi disitu juga.
Gambar ehsan Tarmizi Venzo
lutut, paha dan siku melecit bergesel tar kerana jatuh, tonggeng langgang di kawasan rekreasi Ulu Paip, Azam Shaari bertanya kabar
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
apa apa pun......'makan time' tidak dilepaskan
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
sambil makan sambil menunggu cabutan bertuah tapi masih tidak bertuah. Semua ditangan Allah s.w.t
Gambar ehsan Tarmizi Venzo
tempat 1,2,3 lelaki. No 1 rider Kulim jugak drp K-Bike
Gambar ehsan
Tarmizi Venzo
tempat 1,2,3 wanita. Alhamdulillah no 1 & 3 bertudung
Gambar ehsan Tarmizi Venzo
tidak dilupakan penghargaan kepada warga emas......68tahun bro, masih power lagi
Dalam perjalanan balik singgah beli tembikai di kedai buah persimpangan keBatu Putih. Memakan 3 potong tembikai RM3 seperti memakan sebiji Tembikai, begitu nikmat tidak terkata. Allah Maha Kaya. Nikmatnya tidak terperi.
Alhamdulillah , perjalanan hari ini berjalan baik. Kesyukuran ku panjatkan kepadamu Ya Allah.
Sekian
Thursday, June 28, 2012
Latihan (29) solo ke tempat kerja
28hb Jun 2012
Tahap senang/susah = 1
Latihan mencari momentum untuk berkayuh di Kulim Mountain Bike Jambori (KMJ)lusa. Esok, pasti tiada kayuhan kerana simpan tenaga untuk bekerja keras di KMJ.
Jarak 40 km.
Laluan - Kulim - BKE - Seberang Jaya - BKE - Kulim

Tuesday, June 26, 2012
Latihan (28) berkasih sayang (tiada gambar)
26hb Jun 2012
Jarak l/k 10km.
Seperti biasa kayuhan malam diteruskan. Setelah hadir 11 pengayuh termasuk seorang sahabat baru maka perjalanan dimulakan. Target route kayuhan ialah Keladi - Sg Lembu - Bukit Lengkok - Kubang Semang - Lunas - Kulim. Sebaik tiba di Sg Lembu sahabat baru tadi terkial kial mengayuh kerana kerosakan pada gear dan tayar yang ketat. Setelah berbincang seketika maka keputusan dicapai untuk berpatah balik kerana keadaan basikal sahabat baru itu tidak mengizinkan. Maka semua pengayuh berpatah balik walaupun kayuhan tidak pun sampai 10km. Itulah kesepakatan yang dicapai. Senang susah sama sama merasai. Tahniah kepada semua sahabat sahabt ku. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberkati setiap usaha berjemaah ini.

Sunday, June 24, 2012
Latihan (27) bersama team Joe Sri Msia
24hb Jun 2012
Tahap senang susah = 3 (penat, ride ke3 dlm masa 2hari)
Jarak = 62km (dapat tahu meter Cat Eye saya beri jarak tak tepat, ini bacaan meter Joe& Zul, Cat Eye Wireless, beza jarak sekitar 10km juga, jadi kesimpulan selama ini bacaan meter saya memang silap)
Route - Petronas Kulim Square - kebun kelapa sawit Lunas - Kg Desa Puri(jln Lunas ke Tasek Gelugur) - Tasek Gelugur - Padang Serai - jln pintas melalui kilang terbakar - Kilang Inokom - Surau Pdg Meha - offroad ke Batu Putih tepi saliran air jernih - Pekan Batu Putih - Tm Sepilai - Sarang Ayam - Padang Cina - Kilang First solar - Tm Haruan - S M Badlishah - Kg Tok Rasol - Tm Bidara.
Latihan yang memenatkan kerana semalamnya kayuhan malam, tidur 4jam sambung dgn kayuhan ini. Sebelum kayuhan malam, separuh hari dah di isi oleh Latihan (25).
kau akan sentiasa dlm ingatan kerana semasa kematian Ustaz di Kayuhan GAZA engkaulah bertungkus lumus meriba ustaz dan mengajar kalimah di telinga ustaz sehinggalah sakaratul terakhir kematian di riba engkau didalam van yang menuju ke hospital Kulim. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kpd engkau wahai sahabatku yang berhati suci murni

1st checkpoint - Petronas Kulim Square
Petronas Padang Serai
Zul dan sibaju kuning memang kuat kayuh, sentiasa leading, tabek tuan
kau akan sentiasa dlm ingatan kerana semasa kematian Ustaz di Kayuhan GAZA engkaulah bertungkus lumus meriba ustaz dan mengajar kalimah di telinga ustaz sehinggalah sakaratul terakhir kematian di riba engkau didalam van yang menuju ke hospital Kulim. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kpd engkau wahai sahabatku yang berhati suci murni
bertembung gerombolan kayuhan test trek fun ride KMJ
berhenti ambil nyawa sambil makan pisang di simpang ke Batu Puteh
bertembung dengan 2 sahabat yang menyelam sambil menembak ikan di sungai
Sekian
Saturday, June 23, 2012
Latihan (26) kayuh malam Uptown Perda
23hb Jun 2012
Kulim - Sungai Lembu - Bukit Lengkok - Mengkuang - Berapit - Bkt Mertajam - Perda - Bkt Mertajam Cerok Tokun - Machang Bubuk - Kulim
Jarak 43km
Seperti biasa kayuhan malam bersama Onestar Kulim terdiri daripada veteran dan pemuda. Semua nya 9 pengayuh. Latihan yang memenatkan sebab pada siangnya separuh hari berkayuh ke Trek KMJ Latihan (25). Pertama kali ditinggalkan dibelakang sekali dan menjadi juara dari belakang. Tiba di rumah 1 pagi.

Semua gambar ehsan PW Sabarudin Sarif
Sekian
Friday, June 22, 2012
Latihan (25) kayuhan ke trek Fun Ride Kulim Mountainbike Jambore
23 Jun 2012
Tahap senang susah = 2
Jarak 37km (anggaran 30%onroad 70%offroad)
Acara pemanas badan seminggu sebelum Kulim Mountainbike Jambore. Sambil kayuh pegawai jambore menanda laluan kayuhan.

gambar ehsan Mizivenzo
gambar ehsan mizivenzo
gambar ehsan mizivenzo
bersama bos Danish Adventure Event Management penganjur utama Kulim Mauntainbike Jambore saudara Mizi (bersebelahan saya)
saudara Tarmizi Venzo
gambar ehsan mizivenzo
sahabat yang baru kenal - Ismail orang Kelantan
tidak ketinggalan bakat bakat muda di iringi bapa, tapi tayar pancatlah pula
marshal yang membantu menunjuk arah
alamak tersasar lah pulak saudara marshal nih
tak sempatlah nak tolong sebab di seberang sini
Alhamdulillah berjaya naik keatas
satu saliran sungai yang jernih di pekan kecil Batu Putih, Kulim
gambar ehsan mizivenzo
gambar ehsan mizivenzo
tempat penduduk kampung mandi dan membasuh pakaian
saliran air ini digunakan untuk penanaman padi
dalam perjalanan pulang
Sekian
Subscribe to:
Posts (Atom)