24 Ogos 2012
Jarak 22km on&offroad
Tahap senang susah = 2
Setelah hanya dapat 2 kayuhan semasa bulan Ramadhan Al Mubarak, pada hari raya ke 6 baru berpeluang mengayuh. Sebenarnya pada hari ini Happy@Ride Kulim akan mengadakan kayuhan offroad tetapi disebabkan pada waktu yg dijanjikan hujan telah turun maka ianya rupa2nya dibatalkan. Jadi oleh kerana saya dah turun maka terpaksalah kayuh solo setelah tunggu hampir 20minit ditempat yang dijanjikan dan tiada siapa pun yang hadir.
Route yang dipilih adalah melalui Masjid Taman Kenari dan Bukit Bulat.
Laluan ke atas ke Bukit Bulat
Kelihatan Masjid Taman Kenari , pemandangan drp atas Bukit Bulat
Taman Kenari dan sebahagian bandar Kulim
kenapa anak kelapa sawit di taruk dawai duri, mungkin untuk mengelakan drp dirosakan "ba alip ba ya"
terpaksa angkat sebab tiada laluan ke puncak
jem , tak boleh kayuh dah
rumah pam Kg Tok Betok berhampiran Sekolah Rendah Islam SRIPET
tengok sawah, teringat bakal kayuh di Jambori 'Kayuhan Bendang' 1 sept 2012 nanti
Sekian
No comments:
Post a Comment