Friday, July 27, 2012

Ceritera Kamera

27 Julai 2012

Kamera digunakan jenama Nikon Coolpix L16

        Setelah sekian lama penggunaan kamera ini, maka keputusan dibuat untuk 'melangsaikan' kamera ini digunakan semata mata untuk mengambil gambar kayuhan. Dah tahu apa akan jadi bila dibawa bersama menunggang basikal, iaitu 'tak akan lama jangkahayat' kamera ini. Ini disebabkan xtvt berbasikal ianya lasak dan saya pula bukannya jenis  berhati hati. Kamera yang layak utk saya sebenarnya semestilah yang tahan lasak, waterproof, antishock dll.

         Memang benar kamera ini cuma bertahan beberapa bulan sahaja didalam keadaan sempurna. Sekarang ianya masih boleh dipakai tetapi cuma diwaktu siang kerana flash dah 'gelong'. Sebab itu kayuhan malam, gambar hanya bergantung drp ehsan kawan kawan. Dan lagi screen kamera ini pun dah rosak mungkin disebabkan air peluh, air hujan, getaran dll. Jadi, ambil gambar hanya dengan mengagak agak sahaja he..he. Apabila screen sudah tidak boleh dilihat maka orang lain tidak dapatlah ambil gambar    menggunakan kamera ini.

         Ini pula cara saya ambil gambar terutamanya dah bila orang lain dah tak dapat tolong snap sbb kamera ni dah buta. Cara gambar diambil......  :-





banyak kali juga orang ketawa lihat gambar diambil cara ini , emm...tak kisah lah bro.., selagi kamera ni gambar nya ok, pakai je lah.

Kamera baru NIKON D5100 kat rumah tu tak payah la dibawa sambil berbasikal, jika di bawa alamat hancusss la jugak he..he..

Sekian

No comments:

Post a Comment